Orang Terkaya di Malaysia

02.39
Orang Terkaya di Malaysia
Orang Terkaya di Malaysia

Berikut daftar Orang Kaya di Malaysia :


Tan Sri Syed Mokhtar 
Al¬bu¬¬khary


Tan Sri Syed Mokhtar 
Al¬bu¬¬khary merupakan orang melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$ 1.45 bilion pada tahun 2016. Beliau yang berusia 64 tahun memulakan karier perniagaannya sebagai pedagang beras dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi. Bagaimanapun usaha beliau bergelar seorang ahli perniagaan, kini beliau menjalankan pelbagai perniagaan terutamanya meneruskan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, yaitu MMC Corp. dan DRB-Hicom. 

Beliau yang  juga pengurus Yayasan Al-Bukhary merupakan individu yang kekal dalam senarai (bentuk daftar) top 10 orang terkaya di Malaysia dan dari 50 senarai itu beliau berada di kedudukan kesembilan.


Ahmayuddin bin Ahmad


Ahmayuddin bin Ahmad merupakan orang melayu kedua paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan sebanyak AS$575 juta pada tahun 2016. Beliau merupakan salah seorang pengawas syarikat pelabuhan di Pelabuhan Klang, Westports Holdings. 

Menurut Forbes, kekayaan Ahmayuddin melonjak hasil keuntungan dan peningkatan saham syarikat pelabuhannya itu. Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2016, beliau berada di kedudukan ke 24.


Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin


Orang melayu ketiga terkaya di Malaysia adalah kakak-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin. Nilai kekayaan yang terkumpul oleh mereka pada tahun 2016 adalah sebanyak AS$485 juta, mereka merupakan pemilik minyak dan gas (O&G) sekaligus pengawas syarikat penyedia perkhidmatan O&G, SapuraKencana Petroleum Bhd. (SapuraKencana). 

Untuk 50 individu terkaya di Malaysia Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin berada di kedudukan ke 27.


Tan Sri Azman Hashim


Orang melayu keempat terkaya di Malaysia pada tahun 2016 adalah anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani Mahathir, menurut Forbes nilai kekayaan beliau adalah sebanyak AS$480 juta Pada tahun 2015, aset kekayaan beliau sebanyak AS$700 juta yang terjadi penyusutan nilai kekayaan berbanding tahun terkini. 

Majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia.


Tan Sri Azman Hashim


Orang melayu kelima terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Azman Hashim dengan nilai kekayaan dicatat  sebanyak AS$  465 juta pada tahun 2016. Beliau berusia 76 tahun mengetuai perbankan Ambank Group yang diasaskannya pada 1976 dengan nama Arab Malaysian merchant Bank.

Selain itu beliau juga memiliki kepentingan dalam bank pelaburan ECM Libra RCE Capital dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia beliau berada pada kedudukan 31.


Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim


Individu melayu keenam terkaya di Malaysia adalah Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim. Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2016 adalah sebanyak AS$245 juta. Secara ringkas mengenai Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, beliau merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation yang memberi tumpuan kepada sektor O&G, antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatannya ialah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil selain mengimport dan mengedar kenderaan perdagangan dan kereta mewah. 

Nilai kekayaan beliau pada tahun 2016 menurun berbanding tahun sebelumnya. Dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2016.


Datuk Kamarudin Meranun


Individu melayu ketujuh terkaya di Malaysia adalah Datuk Kamarudin Meranun. Menurut Forbes nilai kekayaan yang dicatat beliau pada tahun 2016 adalah sebanyak AS$225 juta. Beliau meresmikan nama penerbangan AirAsia bersama Tan Sri Tony Fernandes pada 2001. 

Beliau memulai kerjanya sebagai pengurus portfolio di Arab-Malaysian Merchant Bank dengan tumpuan perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi, dalam senarai 50 individu terkaya di Malaysia pada tahun 2016, beliau berada di kedudukan ke 46erada dalam kedudukan ke 42.

0 komentar